Monday, 14 November 2011

Panduan Berwudhuk

 
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

Ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala"
atau
 " Ertinya "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". 
Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat. NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali. 

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk :


Puasa


Syarat-syarat Wajib Puasa:
Orang-orang yang wajib mengerja-kan puasa Ramadan adalah seperti berikut:
  • Beragama Islam
  • Sudah cukup umur (baligh)
  • Berakal; orang gila tidak wajib
  • Berdaya mengerjakannya
  • Bermukim (tinggal tetap dalam negeri)

Syarat-syarat Sah Puasa:
Seseorang yang ingin mengerjakan puasa sama ada puasa Ramadan atau puasa-puasa sunat mestilah melengkapi syarat-syarat yang berikut:
  • Beragama Islam
  • Berakal bukan gila
  • Mumaiyiz (Kanak-kanak yang dapat membezakan antara baik dan buruk iaitu berumur di antara 6 dan 7 tahun)
  • Suci dari haidh, nifas dan wiladah bagi orang-orang perempuan
  • Hari-hari yang dibolehkan berpuasa padanya. Hari-hari yang dilarang berpuasa ialah:
  • 1 Syawal (Hari Raya AidilFitri);
  • 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha);
  • 11, 12, 13 Zulhijjah;
  • 30 Syaaban.

RUKUN PUASA:

a) Niat Puasa
b) Niat puasa boleh dibaca di dalam bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.
“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah (SWT) Taala.”
Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa :
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Makan, minum, merokok membatalkan puasa
  • Muntah dengan sengaja; muntah yang tidak dengan sengaja tidak membatalkan puasa
  • Mengeluarkan air mani
  • Melakukan jimak (hubungan jenis) pada siang hari
  • Kedatangan haidh, nifas atau wiladah
  • Menjadi gila
  • Pitam sepanjang hari
  • Mabuk sepanjang hari
  • Murtad iaitu keluar dari agama Islam
Makan sahur walaupun sedikit. Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah saw bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah saw telah bersabda: “Makanlah sahur kerana ia menolong menguatkan kamu berpuasa pada siang hari.”
  • Melambatkan makan sahur, tetapi janganlah hingga terbit fajar Riwayat dari Abi Dzar ujarnya: “Sentiasalah umatku dalam kebajikan selama mereka melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka.”
  • Menyegerakan berbuka puasa Abi Zar meriwayatkan: “Bahawa Nabi saw pernah bersabda: Umatku akan tetap segar-bugar, selama mereka melambatkan makan sahur dan berbuka dengan segera.”
  • Berbuka dengan buah tamar atau air sejuk Diriwayatkan dari Annas: “Rasulullah saw berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air.”
MAKRUH PUASA
Merasa makanan dengan lidah Bergurau senda dengan isteri Menggosok gigi selepas tergelincir matahari Berkumur-kumur berlebihan Mengulum sesuatu benda.

Jenis Hukum Dalam Islam

 
 
Terdapat lima jenis hukum Didalam Islam
a) WajibSuatu perintah yang mesti di kerjakan . apabila melakukan akan mendapat pahala. Sekiranya ditinggalkan mendapat  Dosa.
Seperti contoh :  Puasa di bulan Ramadhan , Solat 5 waktu seperti yang diperintahkan didalam rukun Islam .

b) SunatSuatu yang dilakukan mendapat pahala , tepapi sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat dosa.
c) HaramSesuatu yang dilarang melakukannya , sekiranya dilakukan mereka akan mendapat dosa Dan jika ditinggalkan mendapat Pahala .
Seperti contoh : Minum arak , berzina , merompak dan berjudi .
d) MakhruhSesuatu yang yang tidak digalakkan untuk melakukanya , sekiranya dilakukan tidak mendapat dosa , tetapi sekiranya di tinggalkan mendapat pahala.e) HarusSesuatu perbuatan yang dilakukan tidak mendapat pahala , tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.

Istinja'


PENGERTIAN ISTINJA’
  • Istinja’ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.
HUKUM ISTINJA’
  • Hukum istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib.
  • Sunat beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air.
  • Harus memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis.
  • Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:
1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.
2. Tidak merebak ke bahagian lain.
3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.
  • Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.

Tayammum


PENGERTIAN TAYAMMUM
Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.
Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.
SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM
1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

SYARAT TAYAMMUM
1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.
2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.
3. Hilang najis terlebih dahulu.
4. Masuk waktu sembahyang.
5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.
6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

ANGGOTA TAYAMMUM
1. Muka.
2. Dua belah tangan hingga siku.

RUKUN TAYAMMUM
1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah  Ta`ala.”

2. Menyapu muka.
3. Menyapu kedua-dua belah tangan.
4. Tertib.

SUNAT TAYAMMUM
1. Membaca basmalah iaitu lafaz
2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.
3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

 
Design by Free WordPress Themes | Powered by Shahril - Paparan Terbaik Menggunakan | Mozilla Firefox 3.6.24, .